Sabtu, Mei 03, 2008

Isteri Hamil, Suami Jangan Kalut!

Ketika seorang ibu mengandungkan janin di dalam rahimnya, benarkah hanya si ibu yang bertanggungjawap terhadap hidup si janin? Tentu tidak, Allah telah menentukan keberadaan nyawa si janin atas usaha dari dua manusia, ibu dan ayahnya. Kepada meraka berdualah, Allah menurunkan amanah yang sangat berat ini. Sayangnya, lebih banyak golongan ayah yang kurang menyedari tanggungjawapnya sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Penyebab utama, kerana meraeka tidak mengalami beban itu secara langsung.

Ada sesetengah suami, apabila mendapat berita bakal menjadi seorang ayah, perasaan gembira tidak tergambar. Tetapi dalam masa yang sama, kelam-kabut juga sebab tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ada pula suami yang releks dan membiarkan isteri menanggung seorang diri kepayahan berbadan dua. Perlu ingat, sebenarnya suami berperanan besar dan harus 'sporting' bersama-sama isteri memikul tanggungjawap tersebut. Selama sembilan bulan dalam kandungan ibu, janin sebenarnya lebih banyak terangsang secara psikologi kerana tidak mendapat perhatian daripada ayahnya. Setelah si bayi lahir, dapat dilihat dengan mata, dapat dipeluk, cium, barulah tumbuh kesedara suami bahawa ia adalah seorang ayah! Sesungguhnya kesedaran it sudah terlambat. Dan yang rugi bukan sahaja si janin tetapi juga ayahnya. Di bawah ini adalah antara peranan yang boleh dimainkan oleh bakal ayah untuk anaknya.

Keperluan Fizik

Ibu bapa tidak boleh meremehkan faktor keperluan fizikal janin. Pertumbuhan sel-sel otak, kualiti pertumbuhan badan serta tulang sudah mula ditentukan sejak janin lagi. Jangan sampai ibu bapa menyesal kemudian iaitu ketika mendapati rendahnya kualiti pertumbuhan bayinya ekoran lalai mempertahankan keperluan gizi sewaktu di dalam kandungan.

Secara ringkasnya, ibu perlu makan lebih banyak dari kebiasaannya untuk disubsidikan kepada janin dalam rahim. Belum lagi masalah kualiti, di mana makanan yang harus masuk cukup kandungan protein, vitamin, serta zat-zat gizi lainnya. Dan kewajipan ayahlah utuk menyediakan semua keperluan ibu demi pertumbuhan janin tersebut.

Ayah harus ikhlas memberikan keperluan ini, walau itu bererti ia harus menyediakan makanan berkualiti bagi isterinya dua kali lebih banyak daripada biasanya. Jika hanya ada sepotong, tak ada salahnya ayah mengalah untuk memberikan kepada ibu untuk manafaat dua orang. Jangan pula lupa memberikan keperluan tambahan vitamin, penambah darah serta kalsium bagi ibu. Ayang yang bijaksana akan rajin mengawal pola makan ihu hamil, menyediakan makanan ekstra berkualiti dan memberikan motivasi kepada isterinya untuk rajin mengambil makanan-makanan berkhasiat tersebut.

Amalan Pemakanan Ibu Hamil

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:

o Jauhi makanan dan minuman haram.


Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:

o Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.

o Berat untuk melakukan ibadah.

o Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.

o Hati berat untuk menerima kebenaran

o Susah melahirkan anak.


Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:

o Anak anak akan cenderung mencuri.

o Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.

o Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.

o Anak anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral.


Menjaga dari makan minum yang syubhat, iaitu makanan yang tidak diketahui status halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram. Jangan makan berlebihan dan sembarangan. Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.

Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:

o Zat Besi

o Kalsium

o Protin

o Mineral

o Vitamin A

o Vitamin B Kompleks

o Vitamin C

o Vitamin D

o Vitamin E


Kasih Sayang dan Perhatian

Penelitian membuktikan janin dalam kandungan sudah biasa merasakan sentuhan kasih sayang orang tua yang mengelus perut ibunya. Diapun dapat menikmati suara lembut penuh kasih sayang yang diperdengarkan orang tuanya di perut si ibu. Pegkaji menyatakan bahawa setelah lahir, bayi akan lebih aktif memberi tindakbalas jenis suara yang kerap ia dengar semasa dalam rahim lagi.

Memang sentuhan kasih sayang daripada ibu sudah cukup memenuhi keperluan kasih sayang bagi si janin. Namun perlu diingat, untuk boleh memberikan perhatian dan kasih sayang penuh kepada janinnya, si ibu memerlukan suasana kejiwaan yang tenang dan bahagia. Ibu yang tertekan dan stress tidak akan mampu memberikan perhatian dan kasih sayangnya secara maksimum kepada janin. Di sinilah suami mempunyai peranan besar dalam turut menjaga kesihatan emosi isterinya agar tetap stabil, tenang dan bahagia. Sebagai orang terdekat yang menjadi belahan jiwa bagi isteri, ia boleh menjadi penentu kesihatan jiwa si isteri.

Suami harus memberikan perhatian penuh kepada masalah kehamilan isterinya. Misalannya saling berbincang mengenai perkembangan yang terjadi bulan demi bulan, bersama-sama mencari informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak dari pelbagai sumber. Suami juga boleh bertukar pengalaman, menemani isteri memeriksa kehamilan setiap bulan, membincangkan peranncangan masa depan badi si bayi hingga meluangkan waktu mendelus perut isteri sambil mengucapkan ungkapan kasih saying.

Lebih baik jika suami memberikan hak-hak istimewa kepada isterinya semasa hamil. Bukankah isteri sedang mengalami perjuangan berat demi keluarga mereka? Suami boleh memilihkan hak-hak istimewa yang mendorong perkembangan kesihatan janin. Misalannya, dengan memberikan makanan tambahan berkhasiat, memberikan wang belanja tambahan atau membelikan sebanyak mungkin buku dan majalah yang memuatkan informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak.

Hal lain yang perlu diingat ialah dalam proses kehamilan terjadi perubahan kadar hormon yang akan memberikan pengaruh besar pada kebanyakan wanita hamil, di mana emosi mereka jadi tidak menentu. Ditambah lagi dengan beban fizikal yang tidak ringan, wajar jiaka mereka lebih banyak memerlukan prhatian dibandingkan sebelum hamil.

Pendidikan

Pendidikan sudah biasa diterima manusia sejak masih dalam kandungan. Ayah dan ibu punya kewajipan sama untuk memberikan pendidikan ini. Kerana janin berusia tujuh bulan sudah mulai terangsang apabila mendengar suara-suara di sekitar perut ibu, jadi anda boleh memperdengarkan sesuatu untuknya. Alunan ayat-ayat suci al-Quran adalah pilihan terbaik, dan jika tidak ada tape recorder atau ear phone yang boleh dilekatkan ke perut ibu, maka ayah dan ibu bergantian untuk mengaji dengan suara kuat dekat perut ibu. Suara-suara lembut yang mengukir rasa keindahan, merangsang pertumbuhan otak dan kecerdasan juga boleh diperdengarkan kepada si janin.

Di Saat Proses Kelahiran

Suami yang bertanggungjawap pun tidak akan kalah sibuk dan tegangnya dalam mempersiapkan waktu kelahiran janin dibandingkan si isteri. Banyak yang harus dilakukan suami untuk bersedia menghadapi masa genting ini seperti menyediakan belanja melahirkan, keperluan hidup bakal anak, pemulihan kesihatan ibu hinggalah ke persiapan untuk akikah anak.

Seterusnya, suami pun bertanggungjawap mempersiapkan kekuatan mental isteri untuk melahirkan. Harus diingat bahawa ini adalah saat perjuangan hidup dan mati isteri bagi keluarganya. Suami harus banyak memberikan perhatian, dorongan, serta motivasi kepada isterinya menghadapi masa sulit ini. Beberapa cara yang boleh digunakan seperti mengikut isteri ke kelas pendidikan pra kelahiran yang banyak dijalankan di klinik atau pusat rawatan bersalin, hinggalah turut menemani proses kelahiran itu sendiri.

Adalah satu hal yang sangat positif, jika suami boleh hadir ketika isteri melahirkan anak. Kehadiran suami ini, walaupun sekadar menemani, memegang tangan isteri dan membisikkan kata-kata menghiburkan kepada isteri, akan memberikan dorongan kekuatan mental dan semangat ekstra bagi isteri. Walaupun tidak dapat mengurangi rasa sakit, namun kekuatan mental dan semangat yang diperolehi isteri akan membuatkannya lebih kuat menahan sakit, yang pada akhirnya akan memudahkan proses kelahiran.

Mengenai penglibatan suami ketika proses kelahiran, pengkaji mengatakan bahawa selain bermanafaat untuk isteri, ia juga bermanafaat bagi suami sendiri. Ketika suami menyaksikan kesakitan yang dideritai isteri, perjuangan beratnya melawan maut, maka kelak suami akan lebih menghargai dan memahami perasaan isterinya. Selain itu, akan tumbuh perasaan istimewa dalam hati suami terhadap si bayi, sehingga akan lebih mengakrabkan ikatan batin antara ayah dan anak. Jadi, sebagai suami dan ayah yang baik, bantulah isteri anda menhadapi saat-saat genting semasa hamil, ketika melahirkan dan waktu dalam pantang.

Petua Untuk Ibu Hamil

1. Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya surah mariam, yusuff, yunus, ibrahim, al-kaffi, yasin, ar-rahman, disamping surah-surah yang lain, insya Allah anak kita akan cerdik dan mudah mendengar kata. Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlaq yang mulia. Jika tidak mampu membaca Al-Quran, usahakanlah diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci ini oleh bapa bayi dan boleh juga dengan melekapkan earphone ke perut.

2. Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini ya? Bila buang air kecil cuba tahan, begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.

3. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan campur dengan air masak. Apabila sudah hancur dan pekat, sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan dapat manafaatnya, insya Allah.

4. Untuk memudahkan sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

5. Amalkan meminum air bunga/akar genggam fatimah dari kandungan berusia 36 minggu ke atas. Dipercayai bagus untuk 'membuka' jalan/laluan bayi.