Sabtu, April 05, 2008

Kempen Kesihatan GAGAL

KUALA TERENGGANU 6 Mac - Kempen bagi menyedarkan orang ramai
mengenai kesihatan jantung gagal mencapai sasaran apabila
120,000 orang didaftarkan sebagai pesakit jantung di hospital
-hospital kerajaan setiap tahun.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia,
Datuk Lee Kah Choon berkata, lebih membimbangkan ialah
5,500 pengidap sakit jantung itu meninggal dunia akibat
serangan penyakit berkenaan.

"Jumlah berkenaan menunjukkan kempen kesihatan yang dianjurkan
masih GAGAL memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai
penyakit kronik".

"Kita perlu meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada
orang ramai mengenai perkara ini walaupun peningkatan bilangan
pesakit kronik kini satu trend di negara-negara membangun,"
katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesihatan
Percuma Terbesar Peringkat Negeri Terengganu `H-Lab' 2007
di pasar raya Mydin di sini hari ini.

Kah Choon memberitahu, selain penyakit jantung, sebanyak
dua juta rakyat negara ini didaftarkan sebagai pesakit diabetis.

"Walaupun jangka hayat penduduk Malaysia mencapai 73 hingga
76 tahun tetapi statistik menunjukkan ramai yang menghabiskan
usia tua mereka dengan menderita pelbagai jenis penyakit," ujarnya.

Beliau berkata, pemakanan dan gaya hidup moden kini menjadi
penyumbang kepada trend peningkatan penyakit kronik itu
di negara ini. - Utusan Malaysia, Rabu 7 Mac 2007

Amalan masyarakat kita....

Walaupun dunia perubatan telah berkembang maju namun masih terdapat segelintir dari masyarakat kita yang masih gemar untuk berubat secara tradisional. Apakah cara ini masih patut diguna pakai atau hanya sekadar melambangkan tradisi masyarakat kita suatu ketika dahulu...bagaimanakah dengan keberkesanannya? selamatkah? murah? Tulis komen, pendapat mahupun pengalaman anda disini untuk bersama-sama kita kongsi dengan ahli masyarakat kita yang lain....