Jumaat, Mei 09, 2008

Tiga langkah kawal penyalahgunaan bahan psikotropik

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bercadang memperkenalkan tiga langkah pengawalan bagi menangani penyalahgunaan bahan psikotropik di kalangan pengamal perubatan swasta yang jumlahnya semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Che Mohd Zin Che Awang, berkata langkah itu mengenakan tindakan perintah larangan pengamal perubatan berdaftar yang terbabit dengan kesalahan daripada mengendalikan bahan psikotropik dan mewajibkan mereka memiliki kebenaran khas jika ingin membekalkan methadone dan buprenorphine untuk mengatasi masalah penyalahgunaan bahan psikotropik dalam rawatan gantian dadah yang menggunakan kedua-dua bahan itu.

"Kementerian juga akan meminta pihak Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengenakan tindakan disiplin yang lebih berat terhadap pengamal perubatan yang melakukan kesalahan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kementerian sudah menjalankan audit terhadap klinik swasta bagi mengenal pasti pengamal perubatan yang melanggar peraturan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.

Katanya, pada tahun lalu sebanyak 108 klinik swasta sudah diaudit dan daripada jumlah itu 31 buah atau 29 peratus disiasat kerana disyaki melanggar peraturan berbanding cuma 19 yang disiasat dalam tahun sebelumnya.

"Sebahagian besar kesalahan yang dikenal pasti ialah kegagalan menyelenggarakan daftar preskripsi bahan psikotropik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan yang ditetapkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengamal perubatan swasta berdaftar supaya mematuhi peraturan ketika mengendalikan bahan psikotropik bagi mengelakkan tindakan yang lebih berat. - Bernama

http://www.bharian.com.my

Rabu, Mei 07, 2008

Perut buncit berisiko mati awal?

PERUT buncit antara masalah yang kerap dihadapi lelaki mahupun wanita. -


KEGEMUKAN merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.

Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.

"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah NIH, Elias A. Zerhouni.

Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).

Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.

Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung. Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.

Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.

Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.

Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.

Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.

Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.

Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan jantung.

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.

BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.

Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.

Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.

Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.

Isnin, Mei 05, 2008

Rahsia Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai
banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Sabtu, Mei 03, 2008

Isteri Hamil, Suami Jangan Kalut!

Ketika seorang ibu mengandungkan janin di dalam rahimnya, benarkah hanya si ibu yang bertanggungjawap terhadap hidup si janin? Tentu tidak, Allah telah menentukan keberadaan nyawa si janin atas usaha dari dua manusia, ibu dan ayahnya. Kepada meraka berdualah, Allah menurunkan amanah yang sangat berat ini. Sayangnya, lebih banyak golongan ayah yang kurang menyedari tanggungjawapnya sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Penyebab utama, kerana meraeka tidak mengalami beban itu secara langsung.

Ada sesetengah suami, apabila mendapat berita bakal menjadi seorang ayah, perasaan gembira tidak tergambar. Tetapi dalam masa yang sama, kelam-kabut juga sebab tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ada pula suami yang releks dan membiarkan isteri menanggung seorang diri kepayahan berbadan dua. Perlu ingat, sebenarnya suami berperanan besar dan harus 'sporting' bersama-sama isteri memikul tanggungjawap tersebut. Selama sembilan bulan dalam kandungan ibu, janin sebenarnya lebih banyak terangsang secara psikologi kerana tidak mendapat perhatian daripada ayahnya. Setelah si bayi lahir, dapat dilihat dengan mata, dapat dipeluk, cium, barulah tumbuh kesedara suami bahawa ia adalah seorang ayah! Sesungguhnya kesedaran it sudah terlambat. Dan yang rugi bukan sahaja si janin tetapi juga ayahnya. Di bawah ini adalah antara peranan yang boleh dimainkan oleh bakal ayah untuk anaknya.

Keperluan Fizik

Ibu bapa tidak boleh meremehkan faktor keperluan fizikal janin. Pertumbuhan sel-sel otak, kualiti pertumbuhan badan serta tulang sudah mula ditentukan sejak janin lagi. Jangan sampai ibu bapa menyesal kemudian iaitu ketika mendapati rendahnya kualiti pertumbuhan bayinya ekoran lalai mempertahankan keperluan gizi sewaktu di dalam kandungan.

Secara ringkasnya, ibu perlu makan lebih banyak dari kebiasaannya untuk disubsidikan kepada janin dalam rahim. Belum lagi masalah kualiti, di mana makanan yang harus masuk cukup kandungan protein, vitamin, serta zat-zat gizi lainnya. Dan kewajipan ayahlah utuk menyediakan semua keperluan ibu demi pertumbuhan janin tersebut.

Ayah harus ikhlas memberikan keperluan ini, walau itu bererti ia harus menyediakan makanan berkualiti bagi isterinya dua kali lebih banyak daripada biasanya. Jika hanya ada sepotong, tak ada salahnya ayah mengalah untuk memberikan kepada ibu untuk manafaat dua orang. Jangan pula lupa memberikan keperluan tambahan vitamin, penambah darah serta kalsium bagi ibu. Ayang yang bijaksana akan rajin mengawal pola makan ihu hamil, menyediakan makanan ekstra berkualiti dan memberikan motivasi kepada isterinya untuk rajin mengambil makanan-makanan berkhasiat tersebut.

Amalan Pemakanan Ibu Hamil

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:

o Jauhi makanan dan minuman haram.


Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:

o Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.

o Berat untuk melakukan ibadah.

o Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.

o Hati berat untuk menerima kebenaran

o Susah melahirkan anak.


Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:

o Anak anak akan cenderung mencuri.

o Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.

o Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.

o Anak anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral.


Menjaga dari makan minum yang syubhat, iaitu makanan yang tidak diketahui status halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram. Jangan makan berlebihan dan sembarangan. Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.

Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:

o Zat Besi

o Kalsium

o Protin

o Mineral

o Vitamin A

o Vitamin B Kompleks

o Vitamin C

o Vitamin D

o Vitamin E


Kasih Sayang dan Perhatian

Penelitian membuktikan janin dalam kandungan sudah biasa merasakan sentuhan kasih sayang orang tua yang mengelus perut ibunya. Diapun dapat menikmati suara lembut penuh kasih sayang yang diperdengarkan orang tuanya di perut si ibu. Pegkaji menyatakan bahawa setelah lahir, bayi akan lebih aktif memberi tindakbalas jenis suara yang kerap ia dengar semasa dalam rahim lagi.

Memang sentuhan kasih sayang daripada ibu sudah cukup memenuhi keperluan kasih sayang bagi si janin. Namun perlu diingat, untuk boleh memberikan perhatian dan kasih sayang penuh kepada janinnya, si ibu memerlukan suasana kejiwaan yang tenang dan bahagia. Ibu yang tertekan dan stress tidak akan mampu memberikan perhatian dan kasih sayangnya secara maksimum kepada janin. Di sinilah suami mempunyai peranan besar dalam turut menjaga kesihatan emosi isterinya agar tetap stabil, tenang dan bahagia. Sebagai orang terdekat yang menjadi belahan jiwa bagi isteri, ia boleh menjadi penentu kesihatan jiwa si isteri.

Suami harus memberikan perhatian penuh kepada masalah kehamilan isterinya. Misalannya saling berbincang mengenai perkembangan yang terjadi bulan demi bulan, bersama-sama mencari informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak dari pelbagai sumber. Suami juga boleh bertukar pengalaman, menemani isteri memeriksa kehamilan setiap bulan, membincangkan peranncangan masa depan badi si bayi hingga meluangkan waktu mendelus perut isteri sambil mengucapkan ungkapan kasih saying.

Lebih baik jika suami memberikan hak-hak istimewa kepada isterinya semasa hamil. Bukankah isteri sedang mengalami perjuangan berat demi keluarga mereka? Suami boleh memilihkan hak-hak istimewa yang mendorong perkembangan kesihatan janin. Misalannya, dengan memberikan makanan tambahan berkhasiat, memberikan wang belanja tambahan atau membelikan sebanyak mungkin buku dan majalah yang memuatkan informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak.

Hal lain yang perlu diingat ialah dalam proses kehamilan terjadi perubahan kadar hormon yang akan memberikan pengaruh besar pada kebanyakan wanita hamil, di mana emosi mereka jadi tidak menentu. Ditambah lagi dengan beban fizikal yang tidak ringan, wajar jiaka mereka lebih banyak memerlukan prhatian dibandingkan sebelum hamil.

Pendidikan

Pendidikan sudah biasa diterima manusia sejak masih dalam kandungan. Ayah dan ibu punya kewajipan sama untuk memberikan pendidikan ini. Kerana janin berusia tujuh bulan sudah mulai terangsang apabila mendengar suara-suara di sekitar perut ibu, jadi anda boleh memperdengarkan sesuatu untuknya. Alunan ayat-ayat suci al-Quran adalah pilihan terbaik, dan jika tidak ada tape recorder atau ear phone yang boleh dilekatkan ke perut ibu, maka ayah dan ibu bergantian untuk mengaji dengan suara kuat dekat perut ibu. Suara-suara lembut yang mengukir rasa keindahan, merangsang pertumbuhan otak dan kecerdasan juga boleh diperdengarkan kepada si janin.

Di Saat Proses Kelahiran

Suami yang bertanggungjawap pun tidak akan kalah sibuk dan tegangnya dalam mempersiapkan waktu kelahiran janin dibandingkan si isteri. Banyak yang harus dilakukan suami untuk bersedia menghadapi masa genting ini seperti menyediakan belanja melahirkan, keperluan hidup bakal anak, pemulihan kesihatan ibu hinggalah ke persiapan untuk akikah anak.

Seterusnya, suami pun bertanggungjawap mempersiapkan kekuatan mental isteri untuk melahirkan. Harus diingat bahawa ini adalah saat perjuangan hidup dan mati isteri bagi keluarganya. Suami harus banyak memberikan perhatian, dorongan, serta motivasi kepada isterinya menghadapi masa sulit ini. Beberapa cara yang boleh digunakan seperti mengikut isteri ke kelas pendidikan pra kelahiran yang banyak dijalankan di klinik atau pusat rawatan bersalin, hinggalah turut menemani proses kelahiran itu sendiri.

Adalah satu hal yang sangat positif, jika suami boleh hadir ketika isteri melahirkan anak. Kehadiran suami ini, walaupun sekadar menemani, memegang tangan isteri dan membisikkan kata-kata menghiburkan kepada isteri, akan memberikan dorongan kekuatan mental dan semangat ekstra bagi isteri. Walaupun tidak dapat mengurangi rasa sakit, namun kekuatan mental dan semangat yang diperolehi isteri akan membuatkannya lebih kuat menahan sakit, yang pada akhirnya akan memudahkan proses kelahiran.

Mengenai penglibatan suami ketika proses kelahiran, pengkaji mengatakan bahawa selain bermanafaat untuk isteri, ia juga bermanafaat bagi suami sendiri. Ketika suami menyaksikan kesakitan yang dideritai isteri, perjuangan beratnya melawan maut, maka kelak suami akan lebih menghargai dan memahami perasaan isterinya. Selain itu, akan tumbuh perasaan istimewa dalam hati suami terhadap si bayi, sehingga akan lebih mengakrabkan ikatan batin antara ayah dan anak. Jadi, sebagai suami dan ayah yang baik, bantulah isteri anda menhadapi saat-saat genting semasa hamil, ketika melahirkan dan waktu dalam pantang.

Petua Untuk Ibu Hamil

1. Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya surah mariam, yusuff, yunus, ibrahim, al-kaffi, yasin, ar-rahman, disamping surah-surah yang lain, insya Allah anak kita akan cerdik dan mudah mendengar kata. Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlaq yang mulia. Jika tidak mampu membaca Al-Quran, usahakanlah diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci ini oleh bapa bayi dan boleh juga dengan melekapkan earphone ke perut.

2. Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini ya? Bila buang air kecil cuba tahan, begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.

3. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan campur dengan air masak. Apabila sudah hancur dan pekat, sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan dapat manafaatnya, insya Allah.

4. Untuk memudahkan sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

5. Amalkan meminum air bunga/akar genggam fatimah dari kandungan berusia 36 minggu ke atas. Dipercayai bagus untuk 'membuka' jalan/laluan bayi.

Khamis, Mei 01, 2008

STEMLIFE - SELAMATKAN DARAH TALI PUSAT BAYI ANDA

STEMLIFE adalah pengasas bank sel stem darah tali pusat bayi dan sel stem orang dewasa di Malaysia serta merupakan salah sebuah organisasi sel stem yang terbesar dan berpengalaman di rantau Asia tenggara. STEMLIFE menyediakan perkhidmatan menyimpan darah tali pusat bayi anda untuk kegunaan di masa hadapan.

Tahukah anda bahawa darah tali pusat bayi anda begitu kaya dengan sel stem, iaitu satu sumber yang boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga anda? Oleh itu, jangan membazirkan darah tali pusat bayi anda kerana ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak ternilai.

Kebiasaannya, setelah melahirkan bayi, tali pusat bayi dan uri dibuang. Manakala, bagi mereka yang beragama Islam, tali pusat dan uri dibersihkankan terlebih dahulu sebelum ditanam. Tetapi, tahukah anda bahawa darah tali pusat bayi anda yang tidak ternilai ini kaya dengan sel stem? Kini di Malaysia, sel istimewa ini boleh disimpan dan ia tidak mahal, malah tidak menyakitkan ibu dan bayi.

APA ITU SEL STEM?

Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi. Sel stem ini boleh merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). Sel stem telah digunakan untuk menyembuhkan lebih daripada 70 jenis penyakit darah dan senarai ini terus meningkat setiap tahun.

APAKAH KEBAIKAN / KEGUNAAN SEL STEM?

Transplantasi sel stem telah digunakan untuk perubatan penyakit-penyakit seperti berikut:

- penyakit darah ( cth : leukemia, limfoma )
- penyakit darah yang diwarisi ( cth : thalassemia, anemia sel sabit )
- penyakit metabolik
- penyakit keimunan
- penyakit jantung
- kecederaan saraf tunjang

Sel stem juga telah digunakan dalam proses pemulihan rawatan kanser. Di samping itu, keputusan yang positif telah diperolehi dalam penyelidikan penyakit-penyakit seperti berikut :

- Penyakit Alzheimer
- Kencing manis
- Penyakit Parkinson

MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT BAYI ANDA?

Sel stem yang diperolehi dari darah tali pusat bayi anda mempunyai keistimewaannya.

- Sel stem merupakan aset biologi yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau melanjutkan usia seseorang.

- Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko terhadap ibu atau bayi.

- Darah tali pusat bayi anda senang dikumpulkan. Dalam masa beberapa minit selepas bersalin, sel stem akan dikumpul untuk dihantar ke makmal kami untuk diproses dan disimpan.

- Sel stem yang sepadan juga berpotensi digunakan untuk adik-beradik yang memerlukannya.

- Berbanding dengan sel stem dari sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima oleh badan ( apabila didermakan kepada orang lain ) dan mempunyai risiko penolakan yang rendah.

Sekiranya anda hamil, simpanlah darah tali pusat bayi anda dan anggaplah ia sebagai satu polisi insuran untuk ahli keluarga anda.