Jumaat, Februari 20, 2009

Produk langsing ada racun


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk tradisional pelangsing badan Slimway Herbs, BMI-9 Xylimming Day Capsule dan BMI-9 Xylimming Night Capsule serta-merta kerana mengandungi racun berjadual Sibutramine.

Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Eishah A Rahman berkata, penggunaan produk tradisional yang mengandungi Sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan yang serius seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular lain.

"Ubat yang mengandungi Sibutramine ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor

atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.