Selasa, April 08, 2008

Kehidupan Bersama Penyakit Barah (part 1)

Apabila doktor mengumumkan bahawa kita menghidap penyakit barah, ia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menggerunkan. Disebabkan minda kita memerlukan masa yang lama untuk menerima hakikat hidup bersama penyakit tersebut, kami terus membuat kesimpulan bahawa kita sedang mati disebabkan penyakit barah. Sementara masa dan pengalaman membawa kita mengharungi perjalanan untuk memulihkan diri, kita menghadapi anjakan paradigma dan mula-mula mengetahui bahawa kita boleh dan sedang hidup dengan barah.

Setiap makhluk di dunia ini sentiasa berusaha memperoleh sesuatu yang terbaik daripada kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila kita menghidapi penyakit yang mengancam nyawa kita. Oleh itu, bukannya aneh bahawa kehidupan biasa mereka yang menghidapi penyakit barah tidak diheboh-hebohkan. Sebaliknya, mereka yang mengalami kehidupan ‘luar biasa’ kerana menerima rawatan luar biasa sentiasa diumumkan dalam berita untuk pengetahuan orang ramai.

Di samping usaha kerajaan membina populasi untuk menghadapi cabaran negara yang pesat membangun, terdapat beberapa sektor yang didapati sedang merosot. Malangnya, golongan kecil rakyat Malaysia yang mengamalkan tabiat membaca terdedah kepada bahan yang salah. Kita lebih dipengaruhi oleh cara mengubati penyakit barah yang aneh sedangkan kita mengabaikan fakta-fakta benar, hasil daripada kajian saintifik yang sudah diuji berkali-kali dan telah mengalami pelbagai ujian klinikal sebelum diberikan kepada orang ramai untuk digunakan. Terdapat juga beberapa sektor yang cuba menjual produk mereka yang belum dibuktikan keberkesanannya dan cuba mengambil kesempatan untuk memperdaya kita.

Teknologi perubatan sudah banyak melonjak ke depan sehingga seseorang dapat hidup dengan sesetengah penyakit setelah diubati melalui pelbagai kaedah yang sudah dibuktikan keberkesanannya melalui ujian saintifik. Saya sentiasa memperkenalkan diri saya dengan kata-kata “Saya sedang hidup dengan penyakit barah payudara”, ini membuktikan bahawa seseorang dapat menyambung fungsi atau peranan dalam masyarakat dengan mudah-mudahan. Sudah tentu bahawa pengesanan awal penyakit ini serta penerimaan rawatan adalah mustahak dalam peringkat awal hidup dengan penyakit barah.

Bagi mencapai peringkat ini, setiap seseorang yang didapati mempunyai penyakit barah tidak sepatutnya berputus asa malah mesti menghadapi pelbagai rawatan dalam usaha sembuh.
Menggunakan pengalaman kami dalam pengesanan, rawatan dan penyembuhan penyakit payudara, kami sedia membantu dan memberikan hala tuju kepada anda dan saudara anda. Kebanyakan penduduk Malaysia secara terus dikaitkan dengan penyakit barah. Rawatan secara kerap serta ujian pengesanan penyakit mesti diadakan dengan doktor famili atau pakar perubatan yang sedang mengubati anda.

-petikan dari www.radiologymalaysia.org-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

deterring monotherapy mehraec koreakoreas usual sequencing means modeling analytic berry kalan
lolikneri havaqatsu